Buat Ayat Copywriting Ni Macam Main Lego

Buat ayat ataupun apa-apa kempen pemasaran ni macam bina menggunakan lego.

Kita kena gabungkan apa yang ada untuk membentuk satu kempen yang mempunyai satu objektif.

Sama ada naikkan sales, dapatkan leads, ataupun naikkan jenama.

(Sebab tu kalau perasan, dalam Tulis Ads, saya pecahkan ayat ikut kategori… pemula ayat, pembayangan, penyambung ayat, lepastu ada juga yang ikut perasaan seperti marah, gembira, terkejut dan lain-lain lagi).

Cuba tengok iklan yang anda buat untuk hujung minggu ni.

Anda pecahkan macam mana? Lihat ada tak benda yang boleh tambah baik.

Pecahkan… dan tambah baik. Buat sampai dapat iklan yang terbaik untuk kempen anda.

Contoh “Lego” Yang Power: Perkataan Bayangkan

Bayangkan…

Itu adalah satu perkataan yang sangat besar impaknya.

Bayangkan… kalau pakai produk ini anda akan …

Bayangkan… kalau pakai Tulis Ads, iklan anda akan 3X lagi mantap hasilnya …

Bayangkan… itu satu perkataan yang berharga.

Biar prospek membayangkan mereka memakai produk anda.

Bayangkan kalau prospek boleh bayangkan betapa senangnya hidup mereka guna produk anda?

Bayangkan… betapa senangnya hidup anda bila prospek faham apa produk anda boleh lakukan untuk hidup mereka.

Bayangkan.

Saya selalu kongsi macam-macam strategi secara percuma dalam channel Telegram saya. Klik je sini untuk tengok.

Leave a Comment