Cara Buat Customer Avatar

Nak buat customer avatar?

Dalam ni saya tunjuk cara senang.

Tapi sebelum tu, anda buat ni:

Cuba fikir anda nak tujukan kepada siapa iklan yang anda buat tu.

Siapa? Dah tahu?

Hehe. Ni saya nak senangkan kerja anda.

Tak payah susah-susah lagi.

Dalam ni saya nak bagi anda sebagai pembaca blog ni satu hadiah.

Customer Avatar Spreadsheet.

Yang saya bagi ni link Google Sheet. Anda copy paste dan duplicate je. Bagi kat kawan-kawan anda. Agent anda. HQ anda. Atau sesiapa lah yang anda nak bagi.

Kalau ada sesiapa yang anda tahu cari cara buat customer avatar, bagi je blog post ni. Dia mesti berterima kasih pada anda.

Tapi kalau boleh…

Doakan diri anda berjaya untuk dapat lagi banyak sales. Dan doakan saya juga sama.

Boleh?

Terima kasih! Nah link ke Google Sheet tu:

Spreadsheet Customer Avatar Bahasa Melayu

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1L1PTxs_MDoQ9-DT2ByUareuMtLCJ4yIaLoeMcxm7k4g/edit?usp=sharing

Banyak betul soalan semata-mata nak buat customer avatar kan?

  • Apa cabaran paling besar yang avatar anda hadapi?
  • Apa yang avatar anda takutkan?
  • Apa yang memalukan avatar anda?
  • Apa yang bagi avatar ni serabut?
  • Apa benda negatif yang avatar ni akan hadapi kalau tidak dapatkan produk anda?
  • Benda Yang Meyakitkan Avatar Anda Sekarang Ni?
  • Apa Yang Paling Avatar Anda Nak?
  • Apa yang membuatkan pelanggan ni ideal untuk anda?

Ni hanyalah sebahagian soalan yang anda perlu jawab.

Klik je link ke Google Spreadsheet di atas untuk dapatkan yang saya dah format cantik-cantik.

Fungsi soalan-soalan semua tu cuma satu: untuk menjelaskan dalam kepala kita kepada siapa kita menjual.

Nak tulis ayat pada orang tua lain daripada nak jual pada orang muda.

Kalau dah tahu betul-betul kepada siapa yang kita nak jual… apa yang nak dijual… senang kita nak jual.

Bila kita dah boleh bayangkan dengan terperinci siapa customer avatar kita… kita dah boleh bayangkan kepada siapa kita borak tu.

Salah satu sebab kenapa kita tak ada idea untuk buat ayat copywriting sebab kita tak jelas kepada siapa kita nak tujukan. Bila tak jelas… idea pun susah nak datang.

Jadi salah satu kekangan yang bagi kita blur nak tulis ayat… hilang macam tu aje.

Itu pentingnya kita buat kajian sebelum buat copywriting. Sebab ia akan jadi asas pada apa yang kita tulis. Bagaimana kita berempati kepada pengguna.

Kempen pemasaran yang power mempromosikan produk yang hebat kepada orang yang betul, pada platform yang betul, pada masa yang betul.

Banyak dah orang ada produk yang power, tapi tak dapat nak dapat hasil sebab tersalah target. Pasaran yang disasarkan tu bukanlah sasaran yang betul untuk produk tersebut.

Apa Nak Buat Lepas Baca Cara Buat Customer Avatar Ni?

Lepas dah tahu kepada siapa anda nak jual ni, saya akan buka Tulis Ads. Kemudian kalau saya nak buat ayat yang unik (bukan ikut template), saya tekan Ayat.

Kemudian saya pilih Pemula Ayat.

Kemudian saya tulis… apa yang otak saya bawak saya. Sebab avatar dah tersemat dalam kepala nak tulis kepada siapa kan?

Nak minta prospek bayangkan sesuatu? buka Pembayang.

Jadi makin senang kerja.

Sebab kerja kita sekarang dah ada proses. Tersusun.

Bila dah tahu kepada siapa… apa yang dia rasa.. apa yang dia nak… dan apa yang bagi dia frust…

Jadi senang sikit tulis. Jadi pemudahcara.

Kerja macam-macam nak kena buat sebagai usahawan ni.

Klik je sini nak tengok apa orang cakap mengenai Tulis Ads.

Nak tahu apa tu Tulis Ads? Saya ada ceritakan dalam blog post ni. Pendek cerita: saya nak senangkan kerja saya buat ayat copywriting. Jadi sekarang, anda pun boleh pakai. RM29 je kalau nak cuba. Tak payah fikir mahal-mahal.

Saya harap blog post cara buat customer avatar ini membantu anda untuk membuat customer avatar anda sendiri.

Dan kadang-kadang saya kongsikan apa yang saya belajar dalam telegram channel ni. Percuma je. Klik je sini untuk tengok channel tu.