Cara Buat Customer Repeat Order Yang Senang Nak Pakai!

Semua orang kalau boleh nak orang yang dah beli akan terus membeli daripada kita kan?

Dalam blog post ni saya ceritakan beberapa cara yang korang boleh guna untuk naikkan sales daripada customer.

Cakap terima kasih selepas pembelian DAN follow up sampai barang sampai!

Benda mudah je ni. tapi ramai orang tak buat.

Bila orang dah beli, jangan lupa cakap terima kasih dan follow rapat dia sampai barang sampai.

At least kita buat apa yang ramai marketers malas nak buat iaitu… customer service selepas barang dah dijual!

Ramai betul nak kerja senang. Sales dah dapat, cari orang baru untuk di close.

Sedangkan customer sedia ada tak dijaga.

Follow up customer tu lepas dah membeli. Belai dia. Buat dia rasa, “eh syoknya pengalaman membeli daripada si dia ni”.

Dan akhirnya dia pun beli lagi daripada anda.

Buat lebih atau lain sedikit daripada orang lain.

Itu akan membolehkan anda stand out berbanding orang lain.

Ramai orang hanya nak buat jualan tapi tak ramai yang akan jaga pelanggan selepas dah buat sales pertama tu.

Sedangkan banyak je duit boleh dibuat kalau jaga betul-betul pelanggan tu.

Kalau kita fikirkan diri kita sebagai customer pun, kita lagi suka kalau orang layan kita baik-baik kan?

Macam tu la kita kena fikir sebagai orang yang menjual ni.

Bagi layanan terbaik selepas jualan dibuat, orang tu akan suka untuk beli apa-apa yang kita tawarkan lepas tu.

Asas psikologi 101.

Apa lagi boleh buat untuk pastikan customer repeat order dengan kita?

Buat email list. Maksudnya kita buat satu list di mana kita kongsikan pelbagai tips yang berkaitan dengan produk kita.

Kita bagi cara untuk dia maksimakan cara penggunaan produk kita.

Takdelah dia macam dibiarkan begitu je lepas beli produk kita.

Cuba tips tips yang saya share dalam ni, dan tengok bagaimana pelanggan one time anda tu daripada beli sekali je, terus teringin nak beli lagi dan lagi daripada anda. OK?

All the best!

Oh, saya ada satu channel di mana saya kongsikan pelbagai tips copywriting. Boleh subscribe di situ ye. Percuma. Tak payah bayar. Klik je dekat bawah ni untuk tengok apa saya kongsikan.

https://t.me/tulisadsonline/

Percuma: Tips Copywriting Untuk 5X Online Sales Anda

Nak copywriting yang lagi tarik orang untuk membeli? Saya kongsikan pelbagai maklumat percuma di link di bawah:

Gunakan je link di bawah ini untuk dapatkan tips menarik yang anda boleh gunakan hari ini juga.

https://t.me/tulisadsonline. Ni dah ada lebih 200 tips copywriting, marketing, advertising dan tawaran dalam ni. Boleh tengok apa yang anda boleh guna.

https://facebook.com/theimplementor. Ini personal profile saya.

https://twitter.com/arahman. Sekarang pun dah banyak buat sharing di Twitter.

https://www.tiktok.com/@arahmansamad Kalau nak tengok video pendek saya buat pasal marketing, ada dalam ni.