Cara Saya Susun Kempen Facebook Ads

Ramai orang bercakap mengenai Facebook Ads tapi tak ramai yang cerita macam mana mereka susun kempen mereka.

Semua orang buat macam itu rahsia senjata mereka.

Dan memang betul.

Tapi kan bagus kalau tahu cara bagaimana orang lain buat iklan diorang dalam Facebook kan?

Jadi jangan risau, dalam blog post ini saya ingin bercerita tentang bagaimana saya susun iklan saya.

Tak payah bayar pun untuk tahu. Free je.

(Tapi kalau nak belanja saya dan keluarga saya makan, boleh lah support saya dengan membeli Tulis Ads ye hehe.)

Tahu apa manfaat paling power? Jadi senang nak buat ayat jualan bila pakai Tulis Ads ni 😉

Anda akan tahu cara buat Facebook Ads pada tahun 2021 ini

Dan saya harap ia akan memberi anda inspirasi dan mampu membuat kempen pemasaran Facebook yang lebih efektif.

Cara Saya Susun Kempen Facebook / Instagram Saya

Cara saya buat kempen Facebook Ads telah berevolusi beberapa kali.

Kenapa?

Sebab saya cuba pelbagai objective dan funnel. Saya cuba cari apa yang paling “kena” dengan diri saya dan boleh buat duit.

Dulu kalau saya jumpa winning kempen, saya akan duplicate kempen tersebut. Duplicate semata-mata.

Contoh bajetnya ialah RM60. Saya akan biarkan yang tu dan duplicate tapi dengan bajet yang lebih besar.

Kemudian saya tukar lagi cara saya.

Buat duplicate adset, tapi bajet di set di level adset.

Dan sekarang, saya buat lagi simple.

Saya buat 1 kempen, dan dalam kempen tu saya pecahkan kepada 2.

  1. Cold
  2. Retargeting

Dan saya on CBO. Saya biarkan Facebook yang susun mana adset dapat bajet yang lebih banyak.

Ini contohnya:

image

Macam dalam gambar ni. 2 retargeting kempen. Satu cold kempen.

Ni semua pakai conversion. Dan saya hanya run satu kempen je satu-satu masa.

Untuk cold traffic, saya akan exclude semuanya. Yang pernah visit, yang pernah engaged. Ni betul-betul tak pernah tahu pasal Tulis Ads ni.

Dan saya tak expect ada sale langsung dalam tu. (Kalau ada sale, baguslah).

Dan retargeting, saya akan retarget 2: 1. yang dah lama tahu pasal Tulis Ads tapi tak beli. Dan kedua, yang baru sahaja tahu mengenai Tulis Ads.

Satu resepi yang saya suka ialah untuk retarget top 25% visitors tapi tak purchase lagi. Kalau ada trafik banyak, boeh buat ni. Ni boleh buat custom audience dan pilih Amount of Time Visit dalam tu.

Untuk customer yang saya tolong managekan Facebook kempen pun saya buat benda yang sama.

Retargeting tu yang akan jadi emas: itu yang akan buat duit untuk saya dan klien-klien saya.

Tapi bagaimana pula dengan scale up? Jeng jeng jeng… komen di bawah kalau anda nak tahu bagaimana untuk scale up kempen Facebook anda 😉

Ni nak iklan ni.

Nak tahu bagaimana untuk buat copywriting dengan lagi cepat dan lagi senang? Guna Strategi 7x saya ni. Klik sini untuk dapatkannya secara percuma.

Leave a Comment