Nak Cara Untuk Buat Pemasaran Berkesan?

Ada banyak cara marketing berkesan yang boleh kita gunakan sekarang ni.

Daripada online, sampai offline.

Jadi, bagaimana anda boleh membuat pemasaran yang berkesan?

Dalam blog post ni, saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda buat untuk buat pemasaran berkesan.

Saya harap dalam blog post ni anda akan tahu bagaimana untuk memasarkan perniagaan anda dengan berkesan.

Jom kita mula.

Contents

#1 Tahu Kepada Siapa Anda Pasarkan

Untuk membuat pemasaran yang berkesan, pertama sekali anda perlu mengetahui siapa target pasaran anda.

Ini bermakna anda perlu tahu siapa yang akan membeli apa yang anda jual. Anda perlu mengetahui umur mereka, jantina, pendapatan, minat, dan sebagainya.

Bayangkan kalau kita tulis merata. Maksud saya kadang-kadang untuk orang muda. Kadang-kadang untuk orang tua. Kadang-kadang untuk orang yang tidak mempunyai anak.

Berterabur.

Bila macam tu, pembaca tak akan dapat terasa impak penulisan anda.

Untuk tahu siapa target anda, anda boleh cuba bayangkan pelanggan anda.

Ketahui masalah yang mereka hadapi, apa yang mereka mahukan dan cuba berikan ia kepada mereka.

#2 Pelbagaikan Channel Pemasaran

Apabila saya maksudkan channel, maksud saya di mana anda pasarkan produk anda.

Antara channel untuk buat pemasaran?

Tak semestinya guna Facebook je! Boleh je dekat tempat lain. Antaranya ialah:

  • TikTok
  • YouTube
  • Instagram
  • Twitter
  • Google (yee… macam anda pun, confirm datang daripada search engine kan?)

Untuk video pendek, Instagram Reels, TikTok dan YouTube Shorts adalah tempatnya.

Di Twitter, kalau anda nak share thread yang panjang.

Dan Google kalau anda nak tawan search engine dan paid ads melalui Google.

Jangan fokus pada 1 channel je. Biar orang boleh cari produk anda di mana anda berada.

Cuba berada di mana-mana. 1 konten tu boleh digunakan untuk pelbagai platform dengan mudah.

#3 Berikan Yang Terbaik Pada Prospek / Pelanggan Anda

Bila anda buat yang terbaik, orang akan nampak. Apa hasilnya.

Maksudnya di sini? Produk anda mestilah berkualiti tinggi dan harganya berpatutan. Jadi, prospek anda akan rasa puas hati dan mungkin akan membeli apa yang anda jual lagi dan lagi.

Cara Senang Untuk Tarik Pelanggan Ke Kedai Kita

Bila dah ada teknik pemasaran berkesan, makin senang untuk kita tarik pelanggan ke kedai kita.

Antara cara orang guna untuk tarik pelanggan ialah:

  1. Memberikan kupon kepada pelanggan
  2. Buat loyalty program untuk pelanggan
  3. Bagi diskaun jika pembeli beli lebih daripada jumlah tertentu (contoh, 10% diskaun kalau beli lebih daripada RM100)
  4. Buat purchase with purchase. Barang kedua RM1 jika beli barang tertentu di kedai kita.
  5. Bila orang keluar kedai kita, dapatkan nombor telefon atau emel atau kedua-duanya. Beritahu offer yang ada di kedai pada waktu tu. (Boleh kaitkan dengan point no 1 tu).

Semua ni offline, tapi boleh je kaitkan dengan pemasaran online.

Kalau nak buat pemasaran online pula bagaimana?

Ini beberapa idea untuk pemasaran online:

  1. Pastikan laman web kita rank di dalam Google. Kemungkinan besar anda sampai ke laman web ini sebab anda menjumpainya di Google. Itu adalah sumber trafik percuma untuk anda.
  2. Gunakan platform media sosial seperti YouTube dan TikTok. Di sini, anda boleh gunakan video pendek-pendek untuk berkongsi kepada pengguna platform tu mengenai kedai atau produk anda.

Bila tahu semua ni, rasa susah tarik pelanggan tu takkan ada lagi… sebab sebenarnya banyak je cara untuk tarik orang.

Yang penting kena konsisten setiap hari. Kalau tak, kita macam tikus, cuba separuh jalan je. Habis semuanya nanti.

Nak lagi banyak tips marketing? Sebenarnya ada banyak lagi saya kongsikan dalam channel Telegram saya. Boleh layari di https://t.me/tulisadsonline dan subscribe secara percuma. Tak payah bayar ye.

Nak Komputer Tulis Ayat Copywriting Produk Anda?

Saya dah bangunkan satu perisian di mana sistem saya yang akan menulis ayat copywriting anda.

Dan anda dapat juga 300 template copywriting untuk pelbagai produk.

Boleh pergi ke https://tulisads.com/ untuk maklumat lanjut.


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.