Cerita Pengalaman Sebagai Penulis Iklan

Nak cerita sikit dalam blog post hari ni.

Siapa sebenarnya di belakang TulisAds.com ni? 

Nama saya, kalau tak perasan lagi, ialah Abdul Rahman. Kalau nak friend saya di Facebook, bolehlah kawan saya di https://www.facebook.com/theimplementor

Saya mula buat iklan pada umur 16 tahun.

Pada tahun 2006. 

Masa tu saya ingat lagi ianya e-book mengenai Google AdSense. (Untuk siapa yang tak tahu, ia program untuk dapatkan duit melalui iklan di website. Siapa ada website, boleh lah masuk program ni)

Masa tu saya dibayar RM250 untuk buat surat jualan. Sebelum tu ada juga buat, tapi untuk diri sendiri.

Punyalah seronok masa tu.

Masa awal-awal jadi penulis iklan ni banyak menulis iklan untuk e-book.

Ada pasal virtual credit card lah, ada pasal teknik itu ini lah. Kemudian masa tingkatan 6 ada pernah dapat permintaan untuk buat surat jualan ubat tahan lama.

Dah lah tak kahwin lagi.

Haha. Kenangan. Aduh rasa lawak pula bila fikir.

Lepastu macam-macam juga buat… Buat emel. Tulis emel untuk orang buat emel.

Buat artikel presell (hangatkan orang sebelum membeli, jadi tak perlu susah sangat nak menjual akhirnya).

Dan macam-macam lagilah.

Yang penting dapatkan sale.

Ini semua zaman sebelum Facebook.

Main di forum.

Sambil tu juga saya belajar programming. Saya suka selesaikan sesuatu masalah.

Dua benda yang sama: programming selesaikan masalah repetitve work.. manakala jualan dan pemasaran cuba berikan solusi kepada orang yang memerlukan solusi tersebut.

Kalau produk kita ada manfaat, tapi kita tak boleh yakinkan kepada orang yang perlukan produk kita bahawa produk kita boleh tolong dia, tak ke sedih?

Sedangkan produk kita memang terbukti berkesan.

Jadi bagi saya, it’s all about solving things.

Sebab itulah Tulis Ads Online wujud.

Isi-isi tempat kosong, lepastu boleh pakai untuk jual di FB dan IG.

Samada sebagai paid ads ataupun sebagai post di wall atau grup.

Mungkin ubahlah sikit kot untuk sesuaikan dengan cara anda tulis.

Harapnya nanti, saya boleh tambah lebih banyak tools untuk pengguna guna, supaya suatu hari nanti, tool ni boleh jadi sangat besar dan boleh pergi international.

Template dalam BM dan BI. Kalau perasan, ada dah beberapa template dalam bahasa Inggeris. 

Kita akan tambah dan tambah sampailah satu tahap, template sampai beribu dalam ni. 

Tapi masa tu harga pun dah lainlah. Haha.

Yang penting, sesiapa pun boleh dapat benefit bila ada tool sebegini.

Dapat banyak cara untuk buat ayat iklan.

Bayangkan boleh cedok idea daripada niche lain.

Kalau jenis yang jual macam-macam jenis produk lagi lah seronok. Boleh mix and match lagi template.

Stay safe dan sentiasa cari jalan untuk profit!


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.

Leave a Comment