Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan Untuk Beli Semalam Lagi!

Mencari contoh ayat power tarik pelanggan terbaik yang anda boleh pakai hari ini?

Di dalam blog post ini saya akan berikan beberapa contoh yang saya rasa dapat membantu anda untuk membuat ayat promosi terbaik untuk mempromosikan produk anda melalui WhatsApp ataupun Facebook.

Sebelum saya berikan contoh untuk anda guna, saya ingin bercerita kepada anda struktur iklan yang menarik.

Ini penting. Struktur yang baik membolehkan idea anda menyerlah. Pembaca pun jadi senang faham dan nak beli produk anda.

Apa struktur iklan yang menarik orang untuk membeli?

Iklan yang baik sama seperti movie yang mempunyai plot. Ia mempunyai jalan cerita yang menarik. Tak kira apa genre pun, ia tetap mempunyai formula tersendiri. Cerita hantu. Cerita romantik. Cerita thriller. Semuanya.

Perasan tak? 

Kebanyakan cerita akan cerita bagaimana ia bermula, bagaimana watak utama berkembang, kemudiannya jatuh, kemudianya bangkit dan akhirnya menang.

Filem cinta pun sama.

Hero jumpa makwe.

Gaduh dengan makwe.

Watak ketiga muncul.

Hero gaduh dengan watak ketiga.

Hero menang (sebab watak ketiga orang jahat).

Makwe perasan dia suka hero.

Hero dapat makwe.

Habis cerita.

Sama juga dengan iklan.

Iklan produk yang terbaik ada jalan ceritanya tersendiri.

Prospek rasa sakit belakang.

Dah jumpa dan cuba produk macam-macam.

Dia rasa frust.

Kemudiannya dia jumpa produk anda.

Dia beli produk anda. Kemudiannya sakit belakang dia dah elok. Dia gembira.

Itu jalan cerita iklan yang boleh anda buat.

Ha dapat idea sikit macam mana nak buat? Bagus!

Ni sekarang saya nak bagi contoh pula.

Contoh ini semuanya datang daripada sistem buat iklan saya iaitu Tulis Ads

Dalam tu ada template copywriting, ayat-ayat ikut kategori (contoh kalau tak tahu macam mana nak mula iklan, pun ada), kamus sinonim (supaya orang baca pun tak bosan) dan macam-macam lagi. 

Makin senang anda nak buat ayat copywriting power. 😉

Nanti ada masa, cuba tengok sebab saya gerenti tool ni boleh tolong anda buat iklan power.

OK OK dah cukup iklan, nah ini beberapa contoh yang boleh anda ikut.

Contoh ayat promosi pertama yang ingin saya tunjuk dekat anda ialah contoh ayat promosi makanan. Boleh juga diolah untuk promosi makanan di WhatsApp.

Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan

KEREPEK YANG TAK BERHENTI-HENTI RASA NAK MAKAN LAGI

“Kerepek apa kau makan ni, Nal? Sedapnya!”

“Oh aku beli kerepek ni dari Saiful tu.

Kerepek ni dia tambah madu weh. Lain macam kan? Tapi sukatan dia untuk ni sangatlah cun.

Tak muak pun makan banyak kali” Nal memberitahu rakannya tu.

“Biar betik!”  

Betul weh. Sekarang ni Saiful nak buat offer gila. Masa aku beli takde pun. Cuba tengok website dia sekarang. Kot2 dapat beli 1 percuma 3 ke.

Jangan tunggu lama-lama. Sebab haritu pun aku kena cuba beli 2-3 kali baru dapat. Cepat sangat sold out.

Nah tengok link kat bawah ni: 

> link ke website

— * —- * — Tamat — * —- * —

Tu satu je contoh.

Nampak tak iklan ni macam storytelling sikit?

Dia bukannya cakap, “oh sedap giler benda ni!”

Tapi dia cerita pasal dua orang kawan yang sedang berborak. Borak pasal makanan yang sedap.

Kalau nak gunakan contoh ni sebagai asas iklan anda, pastikan makanan anda tu sedap! Kalau tak, orang beli sekali lepastu maki dekat wall diorang sebab tak sedap pun.

Overclaim dalam iklan je lebih haha.

Nak contoh iklan lain? OK ini pula contoh iklan produk baju.

Contoh Ayat Promosi Baju

OK di bawah ini saya tunjukkan cara untuk promosi baju pula. Cuba baca.

“Weh gila berbunga baju ni!” 

Ramai orang cakap baju ni “lain macam”. Tapi kain dia pun lain macam jugak.

Dia 85% cotton dan lagi 15% adalah bahan misteri. Hehe. Walaupun berbunga-bunga di pakai, tapi tetap selesa. Hati pun berbunga bila pakai!

Nak tahu kenapa baju berbunga-bunga lelak ni tetap ramai orang suka? Klik ‘Learn More’ di bawah untuk pergi ke web

(Atau guna ayat di bawah ni) 

Nak tahu kenapa baju berbunga-bunga lelak ni tetap ramai orang suka? Tekan link wasap di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut.

{LINK WASAP}

Pendek je kan contoh ayat promosi baju ni?

Yang ni saya bergantung kepada gambar itu untuk menjual. Ini pentingnya gambar yang nampak estetiknya.

Kalau tak, orang takkan menghargai feel premium baju tu.

Yang ketiga ni pula saya nak kongsikan dengan anda contoh ayat promosi Young Living Essential Oil. Tengok ni:

Contoh Ayat Promosi Essential Oil

Jual essential oil seperti Young Living?

Di bawah ini contoh yang boleh anda gunakan.

DUA KAWAN YANG BERBORAK MENGENAI ESSENTIAL OILS

Pada satu hari yang indah beberapa bulan lepas, terdapat dua orang kawan {Farah} dan {Sarah}. Mereka suka membuat home deco di rumah. Mereka suka berkongsi dengan satu sama lain apa yang mereka buat.

{Farah} pun bercerita kepada {Sarah} mengenai satu produk yang dinamakan {Young Living}. Produk ini ialah essential oil dan ia boleh membuatkan persekitaran rumah semakin selesa kerana baunya yang menenangkan mengikut jenis essential oil yang telah didiffusekan.

{Sarah} tak percaya yang {Young Living} ni boleh mengubah suasana. Jadi dia tolak cadangan {Farah} untuk cuba {Young Living} ni.

Beberapa minggu kemudian, {Sarah} pergi ke rumah {Farah}.

Dia menarik nafas dalam, kagum dengan bau yang menyelesakan apabila ada di rumah {Farah} ini.

“Bau apa ni, {Farah}?”

“Oh inilah {Young Living} tu.” balas Farah. “Ada banyak jenis sebenarnya essential oils ni. Boleh tengok sendiri dekat rak tu”.

{Sarah} melihat memang banyak jenis ada. Ada {Purifcation, Lemon, Cedarwood} dan macam-macam lagi.

Farah menyambung, “kau boleh campur untuk dapatkan manfaat pelbagai. Cuba je. Kau akan surprised macam aku dulu.”

Untuk tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi di {WASAP LINK}.

DAN YANG PENTING, YOUNG LIVING LAIN DARIPADA LAIN

Young Living bukan hanya essential oils semata-mata. Ia juga satu perniagaan yang boleh menguntungkan juga.

Setiap ahli berpeluang untuk menjual {YL} ini kepada orang lain dan komisyennya tinggi.

Setiap hari, ada orang akan mencuba {YL} untuk rumah mereka, atau untuk dijual kepada rakan-rakan mereka.

Jika anda juga ingin mencuba, boleh hubungi saya di {link wasap} dan saya akan ceritakan kepada anda bagaimana {YL} ini boleh membantu anda menjana pendapatan sampingan.

CADANGAN: Sila bermain dengan beberapa headline untuk mencari headline yang paling ampuh.

— * —- * — Tamat — * —- * —

Kalau perasan, yang ini panjang kan? Sebab nak ceritakan pasal bau tak senang. Susah! Takde gambar yang boleh membayangkan bau… jadi kita kena gunakan perkataan untuk ceritakannya.

Contoh kali ini pula saya nak kongsikan contoh iklan storytelling. Tapi ini lebih kepada template dan bukannya contoh.

Contoh Iklan Storytelling

DUA DUA BELI {NAMA PRODUK}.

{Ali} dan {Abu} 2 orang kawan. Dua2 {AKTIVITI YANG DIORANG BUAT}

Sorang cerita dia dapat {benda yang sama diorang buat}

APA YANG MEMBEZAKAN MEREKA BERDUA?

Semua sama.

Kecuali satu.

{cerita perbezaan antara mereka}

{cerita apa yang jadi key difference}

{info pendek mengenai produk}

>> {LINK KE WEBSITE ATAU LINK KE WASAP}

Untuk yang ini, ia adalah iklan yang cuba membezakan dua keadaan. Satu ialah orang beli. Satu lagi tak beli. Apa yang akan jadi? Apa hasilnya? Nak tahu bagaimana untuk menggunakan template ni? Boleh tengok video di bawah ini untuk tengok contoh.

Nampak lagi jelas bagaimana untuk menggunakannya?

Bayangkan anda boleh gunakan ini dalam hampir semua jenis produk.

Kereta. Hartanah. Coway? Water Filter? Air Filter? Makanan?

Semuanya boleh.

Pada masa sekarang mungkin anda faham sikit apabila saya berikan beberapa contoh ayat power tarik pelanggan terbaik di blog post ini.

Sebenarnya ayat promosi terbaik ialah ayat yang mampu trigger pembaca untuk baca dengan lebih lanjut satu demi satu sehingga mereka merasakan, “ok, kena beli produk ni”. Dalam blog ini ada pelbagai lagi contoh ayat yang boleh anda tengok.

Boleh belek-belek blog ini untuk dapatkan contoh ayat promosi terbaik untuk tarik pelanggan anda.

Di blog ini saya letakkan pelbagai contoh ayat iklan yang menarik yang boleh anda tengok. Motivasi saya ialah untuk pastikan website ini menjadi laman web rujukan copywriting terbaik di Malaysia.

Tips Untuk Pastikan Ayat Promosi Anda Yang Terbaik Dari Ladang!

Susah ke sebenarnya nak pastikan orang untuk terus membeli daripada kita?

Sebenarnya tak.

Kita sebenarnya kena sedar yang orang yang baca iklan kita tu sama seperti kita.

Cuba fikir balik macam mana anda teringin nak beli sesuatu?

Kebanyakan masa kita tak lah tengok dan terus teringin nak beli kan?

Kita dah kena berkali-kali ‘diserang’ oleh iklan tu baru lah kita rasa nak beli… kan?

Tu berkali-kali baru rasa nak beli.

Jadi nak tak nak, anda kena ikut formula. Formula lama A.I.D.A tu masih lagi berkesan. Cuma cara nak tarik tu mungkin berbeza mengikut medium.

Apa tu AIDA?

Attention. Perhatian. Dapatkan perhatian pembaca. 

Interest. Minat. Tarik minat orang yang membaca tu.

Desire. Keinginan. Timbulkan keinginan pembaca untuk mencuba produk anda.

Action. Tindakan. Jangan lupa untuk suruh pembaca bertindak. Sama ada isi borang, atau beli sekarang, atau lain-lain lagi.

Kalau anda jumpa formula lain pun takpe. Janji jumpa formula yang kena dengan diri anda.

Kadang-kadang kita takde idea nak buat iklan bukan sebab apa. 

Kita tak tahu macam mana nak mula.

Macam mana nak jual tu.

Tu saya buat tool Tulis Ads tu.

Pelbagai contoh iklan produk yang anda tengok hari ini adalah sebahagian kecil daripada koleksi Tulis Ads. Sekarang ni ada lebih daripada 210 templates di dalam tu. Visi saya ialah untuk menjadikannya seperti Canva tapi untuk penulisan iklan.

All in one copywriting tool.

Headline ada. Template CW ada. Ayat saya susun ikut emosi ada. Ayat untuk mulakan iklan pun ada.

Nanti cuba tengok dekat website saya. Tengok sama ada anda perlukan tak tool untuk buat lebih banyak iklan yang power dengan lebih senang.

Tool buat iklan ni sesuai untuk mereka yang nak buat sales lebih banyak lagi.

Fuh cukup panjang dah blog post ni.

OK lah. Saya harap post ni dapat bantu anda untuk buat iklan. Ada apa-apa soalan, komen je di bawah ye 🙂

Sekarang ni saya gunakan Strategi 7x dalam kebanyakan strategi pemasaran saya.

Kalau nak tahu apa tu Strategi 7x, boleh subscribe dalam emel list saya. Saya cerita pasal strategi ni. 

Nak ayat menarik pelanggan? Cuba tengok koleksi copywriting di mana anda dapat lebih banyak sampel ayat yang lain.

Leave a Comment