Kursus Copywriting 101

Ada yang tanya, “tuan ada buat copywriting tak?”

Atau, “tuan ada kelas copywriting tak?”

Tak… saya tak buat semua tu. 

Saya cuma buat servis sistem development (kalau ada idea nak develop, boleh mesej saya di https://t.me/arahman001) dan jual sistem copywriting Tulis Ads ni je (https://tulisads.com) 

Dah ada yang tanya-tanya tu, why not saya buat je series videos dan blog posts yang ajar anda bagaimana nak belajar copywriting?

Harap-harap dengan buat blog post dan video-video tu, anda dapat pelbagai manfaat dan dapat aplikasikan dalam bisnes.

Kursus Copywriting 101 

Kalau ada orang kat belakang anda, dia acukan pistol kan anda… anda akan ikut je apa dia suruh buat, kan?

Copywriting tu seni. Dan sains. Untuk bagi orang tu… semangat untuk membeli daripada kita.

Copywriting ni bukan teks untuk dibaca.

Ianya skrip video. Dan apa2 yang menggunakan perkataan untuk menjual.

Kalau mahir ni, nak jual apa pun boleh.

Jangan jual organ je lah. 🤣

Apa yang perlu ada dalam copywriting yang tarik orang jadi pembeli?

Ada beberapa… dan ni yang akan kita akan kupas perlahan-perlahan dalam posts atau video seterusnya.

Antaranya:

Hook… bagaimana untuk cipta tajuk atau umpan yang bagi orang kata, “eh apa ni? kene tengok ni”.

Offer… macam mana nak rangka offer sampaikan orang merayu nak beli daripada anda…

Counter-resistance… bila orang rasa susah nak beli… apa yang kita boleh buat untuk orang rasa terjawab soalan dan bersedia untuk membeli…

Dan post-buy… lepas prospect jadi customer, apa yang kita boleh buat untuk pastikan customer sekali ni akan terus membeli.

Jadi kita mulakan dengan…

Hook.

3 saat pertama.

Itu yang orang akan tengok dan tentukan sama ada nak terus tengok atau tak iklan tersebut.

3 saat pertama tu nak buat macam mana? 

Ni ada beberapa ayat yang anda boleh guna untuk mula 3 saat pertama tu:

“Bagaimana untuk…”

“Selesaikan …”

“Apa yang…”

“Kenapa…”

Perasan tak ia lebih kepada teaser kepada video tersebut?

(Boleh guna yang sama dalam salespage atau ayat dalam FB / Google jugak)

Hook ni ibarat umpan.

Untuk tarik orang tengok iklan kita lagi lama. 

Bila lagi lama dia teringin tengok… lagi lah dia teringin nak beli.

Sebab dia makin mendalami produk kita tu.

Pancing prospek perlahan-perlahan… bagi dia terbayang-bayang produk kita…

Kemudian… suruh dia buka akaun… bayar untuk dapat produk kita.

Baru syok. 😉

Dah ada hook kan? Apa yang kita perlu? Oh… kita kena fikir nak susun ayat kita macam mana…

Struktur Copywriting

Nak pakai struktur mana buat ayat copywriting ni?

Ada macam-macam formula.

Kalau yang biasa dengan teknik2 copywriting ni mesti pernah dengar…

AIDA. Attention Interest Desire Action.

Ni paling asas.

Kemudian ada pula PAS. Problem Agitate Solve.

Ada pula 3P.

Picture Promise Prove.

Mana nak pakai?

Kalau nak senang, pakai je TulisAds hehe. Boleh dapat draft ayat untuk korang adjust.

Hahaha.

Tapi seriously, cuba satu-satu.

Contoh AIDA.

Attention Interest Desire Action

Apa ayat yang boleh tarik perhatian?

Contoh lah saya jual baju raya:

DAH CUN ELOK KE CUTTING BAJU RAYA TU?

Ha satu benda yang kita kena wajib pilih betul… material dengan cutting!

Kalau material tak best: tak selesa pakai!

Kalau cutting tak elok: sendat kat perut!


OK. Ayat tarik perhatian dah setel.

Sekarang ni, interest pula. Macam mana nak smooth masuk tarik minat orang (selepas diorang dah berminat dengar?)

Ni satu cara, daripada cakap pasal masalah, kita borak pasal produk. Mula dengan cakap apa yang produk kita boleh buat:

Uish… itu yang kita dekat {nama brand} elakkan.


Macam tu je dah transition ke Minat. Kalau dia berminat, dia akan teruskan kepada Kemahuan (Desire):

Kita bagi sis punya family pakai baju raya dengan {nama material}, jadi bila pakai tu nak ronyok pun susah… nak nap petang2 sambil helok tak nampak peluh… nanti terbangun pun still nampak macam baru je iron.

Hehe macam lebih-lebih je tapi kena pakai baru tahu!

Beli untuk satu family, shipping kita bagi free. Dan ada free gift sekali kita letak bila shopping baju raya dengan kita.


Kalau tengok, ada elemen-elemen lain juga kita masukkan dalam tu.

Cuba masukkan apa yang sesuai dalam ayat-ayat kita tu.

(Ni la syok kalau belajar psikologi… kita boleh aplikasikan teori ke dalam ayat kita)

Kemudian akhir sekali… ayat Action. Call to action. Panggil untuk bertindak untuk ke laman web / mesej kita:

Beli untuk satu family, shipping kita bagi free. Dan ada free gift sekali kita letak bila shopping baju raya dengan kita.

Hehe tengok dulu dekat {website / wasap}.

Harga baik punya kita bagi dekat website.

Guna promo code ni NAKMURAH untuk diskaun extra special untuk sis punya family!

{link website}

Ini salah satu cara untuk kita gunakan formula untuk buat ayat copywriting.

Ini ayat copywriting penuh:

DAH CUN ELOK KE CUTTING BAJU RAYA TU?

Ha satu benda yang kita kena wajib pilih betul… material dengan cutting!

Kalau material tak best: tak selesa pakai!

Kalau cutting tak elok: sendat kat perut!

Uish… itu yang kita dekat {nama brand} elakkan.

Kita bagi sis punya family pakai baju raya dengan {nama material}, jadi bila pakai tu nak ronyok pun susah… nak nap petang2 sambil helok tak nampak peluh… nanti terbangun pun still nampak macam baru je iron.

Hehe macam lebih-lebih je tapi kena pakai baru tahu!

Beli untuk satu family, shipping kita bagi free. Dan ada free gift sekali kita letak bila shopping baju raya dengan kita.

Beli untuk satu family, shipping kita bagi free. Dan ada free gift sekali kita letak bila shopping baju raya dengan kita.

Hehe tengok dulu dekat {website / wasap}.

Harga baik punya kita bagi dekat website.

Guna promo code ni NAKMURAH untuk diskaun extra special untuk sis punya family!

{link website}

Ini pun sebenarnya salah satu template copywriting yang ada dalam Tulis Ads. Ada ratusan lagi dalam tu. Gabungkan template dalam tu dengan AI untuk lagi banyak hasil.

Lepastu sekarang… Apa yang nak letak dalam salespage… dan macam mana nak cari masalah yang ada dalam salespage supaya lagi senang nak menjual pada strangers?

Itu yang akan saya letakkan dalam blog post ni… Nantikan!

Percuma: Tips Copywriting Untuk 5X Online Sales Anda

Nak copywriting yang lagi tarik orang untuk membeli? Saya kongsikan pelbagai maklumat percuma di link di bawah:

Gunakan je link di bawah ini untuk dapatkan tips menarik yang anda boleh gunakan hari ini juga.

https://t.me/tulisadsonline. Ni dah ada lebih 200 tips copywriting, marketing, advertising dan tawaran dalam ni. Boleh tengok apa yang anda boleh guna.

https://facebook.com/theimplementor. Ini personal profile saya.

https://twitter.com/arahman. Sekarang pun dah banyak buat sharing di Twitter.

https://www.tiktok.com/@arahmansamad Kalau nak tengok video pendek saya buat pasal marketing, ada dalam ni.