Ini Cara Nak Tarik Orang Kurang Daripada DUA SAAT.

Adakah anda akan mendapat jualan daripada pelawat yang datang itu?

Hanya 2 saat sahaja.

Itu sahaja masa yang anda ada untuk menarik orang untuk membeli.

Mereka terlalu sibuk dan banyak perkara yang bermain di dalam fikiran mereka. Ada yang tengah terfikir siapa nak ambil anak mereka di sekolah, pukul berapa isteri akan balik ke rumah, nak makan di luar ataupun makan di rumah, dan ada juga yang teringat tentang bil yang tak dibayar lagi.

Bahan pemasaran anda hanya mempunyai 2 saat sahaja untuk mendapatkan perhatian pembaca.

Bukan mudah untuk mendapat perhatian. Lebih daripada 600 ribu perniagaan dimulakan di Amerika Syarikat sahaja dan terdapat berjuta-juta laman web yang ingin mendapatkan perhatian daripada orang ramai. Blog gosip, berita, Facebook dan Twitter juga sibuk mendapatkan perhatian pembaca anda. Macam mana anda nak tarik orang membaca tawaran anda?

Di dalam dunia ideal, orang akan membandingkan dua produk dan memilih satu yang terbaik tetapi mereka tidak ada masa untuk semua itu. Orang akan lebih tertarik kepada produk yang mampu mengaitkan diri mereka dengan produk itu.

Jalan cerita yang bagus. Manfaat yang jelas dan kredibiliti anda yang tinggi. Semua itu adalah elemen penting untuk membuat jualan. Saya ingin membantu anda untuk memaksimakan elemen-elemen itu di dalam bahan pemasaran anda.

Kebanyakan usahawan pandai membuat jualan. Mereka mendapat pendapatan 4 hingga 5 angka di Internet tetapi mereka kekal di situ. Anda boleh elakkan keadaan yang sama berlaku ke atas diri anda.

Peluang untuk membaiki conversion rate di dalam bahan pemasaran mereka terbuang begitu sahaja.

Mereka katakan, “dah cukup bagus” bahan pemasaran mereka.

Tidak.

Mereka boleh tambah baik lagi.

Setiap patah perkataan di laman jualan mereka boleh diubah menjadi lebih tajam supaya mereka mendapat lebih banyak return on investment bagi setiap ringgit yang mereka laburkan untuk memasarkan produk mereka.

Fakta: Anda boleh mengubah bahan pemasaran terbaik anda menjadi lebih hebat.

Setiap huruf yang anda letakkan di dalam blog post, di dalam fanpage atau di dalam laman web anda adalah jurujual anda. Merekalah jurujual anda yang bekerja untuk anda selama 24 jam sehari. Kadang kala, jurujual 24 jam anda ini mempunyai kelemahan, seperti mungkin bahasanya terlalu keras untuk pasaran anda, ataupun terlalu halus untuk difahami, ataupun ayat yang tertulis itu susah sedikit untuk difahami.

Walaupun ianya amat berkesan, saya ingin membantu anda untuk membuatkannya lebih berkesan.

Siapakah saya?

Nama saya ialah Abdul Rahman dan saya merupakan seorang konsultan pemasaran dan penulis iklan. Saya telah menulis untuk pelbagai jenis pasaran daripada komoditi, pemasaran internet, pinjaman bank, insurans sehingga ubat kuat.

  1. Ada perniagaan berjaya mendapat conversion rate lebih daripada 4% di dalam pasaran yang ramai pesaing
  2. Produk saya sendiri mendapat conversion rate sebanyak 12%
  3. Satu info produk yang dikeluarkan Majalah Niaga juga mendapat conversion rate melebihi 10%
  4. Berjaya mendapat RM120,000 dalam masa 6 hari

Dan banyak lagi.

Pengalaman yang pelbagai ini membantu saya untuk mendapat perspektif yang unik untuk setiap perniagaan yang mendapatkan khidmat saya.

Nota: saya tidak mengambil rush job. Jika anda perlukan surat jualan dalam masa 3 hari (pelancaran produk tiga hari kemudian), saya terpaksa menolak. Itu tidak kondusif untuk kualiti yang ingin saya serahkan kepada anda. Saya pernah membuat rush job dan saya benci hasil kerja yang saya dapat daripada kerja itu.

Sekarang ini, saya mengambil jalan berjaga-jaga: lebih baik ada masa yang panjang supaya saya boleh membuat bahan yang ada OOMPH! daripada yang biasa-biasa sahaja.


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.

Leave a Comment