Cara Mudah Untuk Menaikkan Jualan

Split test ialah satu cara untuk meningkatkan jualan dan ada empat perkara yang anda boleh lakukan untuk melakukannya.

Pertama ialah tawaran. Tawaran yang hebat adalah sesuatu yang amat penting. Kalau tawaran anda dapat menarik ramai orang untuk membeli, cuba menghebatkan lagi tawaran.

Berikan 30 hari jaminan wang balik (pastinya ramai usahawan internet dah buat)

Suruh mereka letakkan tarikh di cek 30 hari selepas mereka membuat tempahan.

Tambah bonus yang boleh meningkatkan perceived value produk anda. Jangan bagi sampah, bagi kualiti. Gunakan bullets yang bagus untuk tease pembaca untuk terus membaca dan kemudian timbul keinginan untuk membeli produk anda.

Anda boleh menaikkan jualan dengan membuatkan mereka berasakan pembelian itu merupakan satu pelaburan untuk diri mereka. Tadi, saya beli shaver. Tapi, saya beli shaver tadi bukan sebab shaver tu, tapi sebab saya ingin mencukur misai dan sideburn saya menggunakan shaver tersebut.

Ingat masa saya cakap pasal bullets? Ia ibarat peluru. Peluru yang membunuh segala motif untuk orang tidak membeli. Jadi jika peluru anda cukup hebat, mereka akan membeli.

Contohnya:

1. Satu perkara bodoh yang dilakukan ramai orang apabila menguruskan duit. Adakah anda melakukannya?

2. Satu perkara yang anda boleh lakukan semasa tidur yang boleh menjimatkan wang anda. Lihat di mukasurat 29.

Peluru yang hebat mencederakan pembaca… dan akan menyebabkan mereka mahu mengetahui apa yang mereka tidak ketahui… dan anda juga boleh. Bagaimana? Dengan mengetahui produk anda luar dan dalam. Yes, when you know the product inside out… this is not a problem anymore.

Ciri-ciri, manfaat, siapa gunakannya, kenapa mereka menggunakannya… anda perlu tahu semua itu. Itu sebabnya data atau profil pelanggan anda amat penting. Jika anda tidak ada satu sekarang ni, anda boleh buat sekarang. Mungkin ini yang bakal meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih, lebih tinggi.


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.

Leave a Comment