Reputasi – Nyawa Anda Di Internet

Ini adalah sebahagian daripada tutorial Bagaimana Untuk Membuat Duit Melalui Perniagaan Internet.

Mungkin anda berasakan bahawa reputasi itu sesuatu yang kecil – sebenarnya tidak. Reputasi ibarat nyawa untuk sesebuah perniagaan. Anda mungkin pernah membaca mengenai British Petroleum (BP) terpaksa menanggung pelbagai bentuk “kemaluan” kerana tidak mampu menangani isu kebocoran minyak di pelantarnya.

Walaupun diri anda tidak sebesar BP, perkara yang buruk juga boleh berlaku kepada anda dalam bentuk yang lain. Sebagai contoh, seseorang itu merasakan kualiti kerja anda sebagai pekerja bebas tidak berkuaiti. Dia membuat komplen di dalam forum yang dipenuhi dengan bakal prospek serta bekas klien anda.

Kesannya kepada anda ada beberapa.

Pertama, jika dia tidak menyebut nama, mereka dapat “menghidu” siapakah orang tersebut yang menyebabkan klien anda itu sakit hati. Dengan kata lain, anda. Dalam mata klien anda, kualiti yang anda berikan tidak setinggi mereka sangkakan.

Anda boeh berkata apa-apa yang anda mahukan, tetapi yang penting di sini ialah persepsi diri pembaca post di forum itu mengenai anda. Mereka menganggap anda sebagai seorang yang tidak beretika kerana memberikan hasil kerja yang substandard kepada klien anda.

Anda boleh membuat pelbagai justifikasi, tetapi pada hemat saya cara terbaik ialah…

Membuktikan kepada mereka bahawa mereka salah

Ini maksud saya.

Apa yang anda cakap hanyalah angin untuk mereka. Bagi mereka (orang yang merasakan diri mereka tertindas), apa yang anda cakap hanyalah alasan. Kebanyakan masa daripadanya hanya akan mengeruhkan keadaan.

Jadi anda berikan kepada mereka apa yang mereka mahu. Mudah sahaja. Bak kata Mat Saleh, let your action do the talking. Apabila mereka tidak dapat berkata apa-apa lagi, mereka hanya boleh terdiam dan walaupun mereka tidak bersetuju, mereka tidak boleh melakukan apa-apa.

Situasi ini sesuai jika anda berada di dalam forum.

Jika mereka mahukan wang mereka kembali, berikan kepada mereka secepat mungkin. Ini membolehkan anda mendapat ketenangan minda yang anda perlukan untuk membuat jauh lebih banyak duit berbanding yang anda ada sekarang ini.

Apabila anda membiarkan satu komplen mengambil masa yang banyak di dalam hidup anda, susah anda untuk hidup!

Bayangkan, lebih besar perniagaan anda, lebih banyak rungutan yang anda perlu dengar daripada pelanggan-pelanggan anda. Apabila anda mendengar pelbagai rungutan, adakah anda akan berhenti dan memberi respon yang amat-amat negatif (dan ganas) apabila mendengar rungutan tersebut?

Tidak.

Apa yang anda boleh buat ialah menyediakan skrip untuk memastikan jika rungutan yang sama berlaku, anda sudah bersedia untuk meminimakan sebarang pembaziran masa. Masa yang tidak digunakan untuk melayan komplen boleh digunakan untuk mencari lebih banyak duit.


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.

Leave a Comment