Teknik Copywriting Berkesan Yang Boleh Anda Guna Sampai Bila-bila

Sekarang ni, nak buat ayat copywriting tak boleh nak jual-jual-jual.

Hardsell tu OK je, tapi kena ada seninya sendiri.

Nak jual memaksa pun boleh, tapi orang akan menyampah baca… dan keberangkalian untuk membeli tu tak tinggi.

Ya lah.

Paksa orang. Ingat orang suka ke?

(Cuba kalau orang paksa kita membeli… jadi menyirap adalah)

Jadi dalam blog post ni, saya nak ceritakan kepada anda satu teknik copywriting berkesan yang saya dah guna.

Anda boleh gunakan teknik copywriting ini untuk mudahkan anda buat ayat yang lebih menjual.

Tapi ada syaratnya.

Untuk buat ayat copywriting berkesan ni.

Apa dia?

Yang asas. Wajib kena ada.

Anda perlu kenal produk anda. Kalau anda tak kenal produk anda… susah nak menjual.

Ada satu masa tu, punya ramai orang jual bantal, tapi kenapa nak jual bantal tu? Produk tu boleh selesaikan masalah apa?

“Mestilah untuk tukar bantal yang dah lama, yang lagi selesa!”

Memang betul… tapi bantal tu betul-betul lagi selesa ataupun sama je dengan yang ada di luar sana? Dan pada harga yang jauh lebih tinggi pula tu. Anda dah lawan arus dah. Harga mahal dan manfaat sama dengan produk lain.

Kalau produk mahal dan anda manfaat / ciri tambahan, itu OK sikit.

Apa yang saya tulis ni mungkin akan trigger sesetengah orang tetapi ada sebabnya: setiap produk yang kita jual kena ada manfaatnya tersendiri.

Soalan ini membawa kepada poin seterusnya iaitu…

Anda perlu tahu siapa yang berpotensi untuk membeli produk anda.

Macam yang anda tahu… tak semua orang sesuai untuk membeli apa yang anda jual.

Takkanlah nak jual bra dekat laki bujang yang tak ada pasangan, kan?

Kalau nak jual pada lelaki pun… kena la jual pada orang yang mungkin ada keperluan untuk beli.

Kalau tak, buang duit aje iklankan pada orang yang tak betul.

Jadi sebelum anda gunakan apa-apa yang teknik, anda kena pastikan anda tahu kepada siapa produk anda akan dijual.

Kalau salah tu, susah anda nak buat ayat yang boleh tarik orang jadi pelanggan.

Boleh tengok apa yang saya tulis dalam blog post cara buat customer avatar. Dalam tu anda boleh tenung lama-lama… adakah anda tahu siapa pelanggan anda.

Dah tahu produk… dah tahu kepada siapa nak jual… ha sekarang boleh cerita pasal teknik copywriting berkesan ni.

Teknik ini sangat mudah sebenarnya.

Anda cuba jual produk tu pada diri anda sendiri.

Maksudnya?

Cuba anda tengok… atau fikir… produk apa yang telah anda beli selama ini?

Bagaimana produk itu dijual kepada anda?

Sampai anda nak beli produk tersebut?

Itu kuncinya.

Produk itu akhirnya anda beli… dan anda cuba ingat balik bagaimana anda akhirnya membeli produk itu.

Fikir terbalik: Cuba anda jadi pelanggan anda sendiri.

Bagaimana anda akan menjual pada diri anda sendiri. Apa langkah-langkah yang perlu anda ambil… untuk beli produk anda?

Cuba fikirkan.

Teknik Copywriting AIDA

Susun iklan ikut langkah-langkah tu.

Guna je formula ni. Memang berkesan pun. Cuma kena pandai gunakan konsep ni je.

Attention. Perhatian.

Interest. Minat.

Desire. Keinginan.

Action. Tindakan.

Setiap iklan akan ada semua ni.

Walaupun bentuknya mungkin berbeza.

Attention. Interest. Desire. Action. Cara copywriting aida ni memang dah lama… tapi ia wujud sampai sekarang kerana satu perkara: ia berkesan. Tarik, mengorat, dan melamar… untuk dapatkan jualan.

Walaupun orang tak membeli, cuba buat pembaca atau penonton iklan anda untuk mengambil satu tindakan kecil.

Cuba kita tengok iklan McDonald. Iklan makanan dia menggiurkan walaupun hanya menggunakan gambar.

Soalan kita sebagai marketer, bagaimana kita pun boleh buat gambar atau kreatif yang bagi orang telan air liur tengok?

Tak semestinya gambar je ye. Boleh juga video. Ayat copywriting makanan dia betul-betul mengundang imaginasi kita untuk “wow sedapnya”.

3 perkataan je. Tapi fokus dia pada imej Sundae tu.

Saya ulang balik.

Teknik copywriting AIDA. Tengok iklan di atas.

Menarik perhatian dengan 3 perkataan. “Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu”.

Bagi orang berminat dengan Sundae setinggi-tingginya. Nampak ada puncak di situ?

Rasa mahu tu datang bila pergi kedai teringat imej ni dalam kepala. Dan akhirnya membeli bila pergi kaunter dan minta aiskrim sundae ni.

Gunakan cara copywriting ni. Tengok macam mana ia boleh membantu anda untuk tarik lagi banyak sales.

You can do it.


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.

Leave a Comment