Template Copywriting Makanan (Free)

Hi, kadang-kadang rasa susah kan nak buat iklan copywriting makanan kan?

Dalam post ini saya kongsikan serba sedikit template copywriting makanan yang ada di dalam Tulis Ads Online ni. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada koleksi yang kami ada.

Kalau nak cuba tool copywriting yang pertama kali ada di Malaysia ni, boleh klik sini untuk cuba secara percuma dan kalau nak, boleh cuba untuk sebulan ye 🙂

Untuk tidak melengahkan masa, jom tengok template copywriting makanan free yang saya nak kongsikan di sini.

Sesuai untuk digunakan di Facebook, Instagram dan mana-mana yang anda rasakan sesuai.

Template #1

{BISKUT} YANG TAK BERHENTI-HENTI RASA NAK MAKAN LAGI

“{Biskut} apa kau makan ni, Nal? Sedap betul.”

“Oh aku beli {biskut} ni dari {Ahmad} tu.

{Biskut} ni dia buat dari {cornflakes dan madu}. Macam biasa je kan? Tapi sukatan dia tu sangtlah ‘just nice’ rasa macam tak muak makan banyak kali.” Nal memberitahu rakannya tu.

“{Gilalah!}”  

Betul. Sekarang ni {Ahmad} ada buat offer. Cuba {tengok website atau wasap} dia sendiri. Kot2 dapat {beli 1 percuma 1 ke atau penghantaran percuma ke}.

Jangan tunggu lama-lama k.

>> {link wasap atau link website}

>> {link wasap atau link website}

Template #2

Siapa Yang Makan Yang Last Tu!

Saya jual makanan {Nama Makanan} ni.

Ada ke customer saya cakap dia kena marah dengan adik dia sebab makan yang last tu.

Mana tau boleh sampai buat gaduh. Yelah, kita jual je kan? Tapi takpe, boleh je beli lagi. Sekarang saya dah ada stock untuk {Nama Makanan} ni lagi.

Boleh wasap saya di {link wasap} sekarang jugak untuk harga dan beli. 

Template #3

Kambing Perap Pilihan Rakyat {Negeri Anda}

“First time saya order sebab kawan recommend.

Memang sedap dan senang nak masak.

Masuk bulan ni dah 3 kali saya repeat order.”

– {Nama Customer}, Lokasi

+ Free sos

+ Beli 3 RM{30} Sahaja

+ Free Postage

Visual : video customer tengah makan sambil cerita pasal sedapnya produk

Template Copywriting Makanan #4

Saya dah tak boleh lupakan awak {NAMA PRODUK}

.

Rasa rugi tak beli lebih {NAMA PRODUK}. Sekarang rasa macam orang hilang bini.

.

Nak cerita rasa malu tapi terpaksa bagitau.

.

Ada sorang pakcik ni pernah tegur saya sebab dia nampak saya tercari-cari sesuatu.

Saya sibuk cari {JENIS MAKANAN}. Ramai bagitau {NAMA PRODUK} tu dah jadi kegilaan ramai.

Bila dah ramai recommend, saya memang tak nak ketinggalan untuk cuba {JENIS MAKANAN}.

.

Setakat ini saya belum boleh berhenti untuk jatuh cinta dengan {JENIS MAKANAN} ni lagi.

Kadang-kadang saya akan beli lebih dan bagi kawan-kawan rasa.

Biar mereka ketagih dan menyesal macam saya juga. Padan muka!

.

Siapa yang nak rasa {JENIS MAKANAN} ini boleh terus terus WhatsApp di {link WhatsApp}.

{NAMA PRODUK} tengah ada offer best tapi kena WhatsApp mereka dulu. 

Nak lagi puas hati, boleh juga hubungi {NAMA ORANG UNTUK DIHUBUNGI} di {NO TELEFON}

Template Copywriting Makanan #5

Dari haritu lagi aku angau pasal benda ni.

Aduhai.

Sampai hati {NAMA PRODUK} hasilkan makanan sedap sampai aku rasa tak bleh nak tidur malam.

Rasa dia tu buat aku terngiang-ngian sampai sekarang! Boleh meleleh air liur beb!

Aku tak kira, esok aku kena juga beli {NAMA PRODUK} dan standby stok lebih kat rumah.

Aku taknak kejadian harini berulang lagi.

Siapa yang nak senasib dengan aku boleh la cuba {NAMA PRODUK}

Setakat ni, {NAMA PRODUK} ada buat offer pada {BERAPA ORANG} yang terawal.

Taknak tertinggal kereta api, boleh terus hubungi {NAMA ORANG} {no phone} atau klik saja link ini {LINK WASAP}

Template Copywriting #5

Apa yang {NAMA PRODUK} dah hasut isteri saya?

Tak sampai sebulan kahwin, isteri dah pandai masak.

Gembira tak terkata bila suami puji macam tu. Isteri mana yang tak suka bila suami puji masakan sedap.

Walaupun hanya guna serbuk perencah {NAMA PRODUK}, tapi memang sangat banyak bantu {Mira} untuk sedapkan masakan dia.

Harini {Mira} masak {JENIS MAKANAN} hanya gunakan serbuk perencah {NAMA PRODUK} je!

Suami {Mira} makan tambah 3 kali. Lagi la membuak-buak rasa happy {Mira} tu. {Mira} bukannya tak reti masak cuma dia kurang mahir je.

Serbuk perencah {NAMA PRDUK} ni dah banyak bantu surirumah untuk sedapkan masakan mereka.

1. {KELEBIHAN PRODUK}

2. {KELEBIHAN PRODUK}

3. {KELEBIHAN PRODUK}

Suami {Mira} pun jarang sangat makan kat luar sebab dia lebih rela rasa air tangan isteri. sekarang perut dia pun dah makin kedepan dah ni hehe.

Bukan surirumah je yang wajib ada perencah {NAMA PRODUK} ni tapi pelajar kolej, universiti dan asrama pun boleh guna {NAMA PRODUK} untuk masak {JENIS MAKANAN}.

Dapat juga jimatkan duit belanja. Tak perlu tiap hari asyik nak kena beli makanan dekat luar je.

Bagi yang nak cuba boleh juga dapatkan {BARANG NAK BUNDLE SEKALI} bila beli {NAMA PRODUK} daripada mereka.

Bagi yang nak dapatkan pelbagai jenis perencah {NAMA PRODUK}, boleh ikut {dua} step di bawah.

{STEP STEP NAK KENA IKUT UNTUK ORDER}

Template Copywriting Makanan #6

MAKAN ‘JAJAN’ BANYAK-BANYAK, TAK MENYIHATKAN! SIAPA CAKAP? DENGAN {nama dory skin}, MAKANLAH BANYAK MANA PUN.

===

Nak jajan yang menyihatkan? Sedar tak sedar, habis satu balang! Memang sedap! Menang enak! Tanpa MSG. Tanpa perasa tiruan. Tanpa pengawet!

.

Kerepek kulit ikan dory dari {nama founder} ni memang snek yang lain dari yang lain. Kenapa anda patut try snek {nama dory skin} ini?

+ Baik untuk menstabilkan tekanan darah

+ Baik untuk kesihatan jantung

+ Baik untuk kesihatan mata

+ Baik untuk kesihatan otot.

.

Baik tua atau muda, semua orang boleh menikmati kerepek enak {nama dory skin}. Ramai dah rasa, ramai juga bagi feedback kata memang sedap!

.

Jom pekena hari ini, dan rasai kelazatannya. Dah dah… whatsapp {NAMA ANDA} untuk tempahan {LINK WASAP}

Template Copywriting Makanan #7

{GAMBAR PRODUK dan TESTIMONI dalam satu imej} – pastikan check dulu dengan FB Text Overlay boleh ke tak

Krup… krup… crunchy betul benda ni, {nama produk}

“Kau makan apa tu weh?” member tanya.

Ini aku makan {nama produk} ni. Kau kena rasa. Rasa dia {pedas sikit je, tapi rasa manis pun ada}.

Dia pakai {kentang} sebagai base, lepastu tahan lama.

Tapi tahan lama pun tak guna sebab sekejap je habis!

Nak tahu harganya? Boleh PM sekarang. Klik je link dekat bawah ni nak dapatkan.

{link wasap}

ATAU (boleh je terus mention harga)

Krup… krup… crunchy betul benda ni, {nama produk}

“Kau makan apa tu weh?” member tanya.

Ini aku makan {nama produk} ni. Kau kena rasa. Rasa dia {pedas sikit je, tapi rasa manis pun ada}.

Dia pakai {kentang} sebagai base, lepastu tahan lama.

Tapi tahan lama pun tak guna sebab sekejap je habis!

Harganya? Just {RM35} sebalang! Tapi jangan kongsi dengan oranglah sebab balang tu kalau tengah tengok cerita, cepat je habis.

Nak try satu? Tekan je link wasap kat bawah dan saya akan ambil pesanan anda.

{link wasap}

Itu dia 7 template copywriting makanan percuma untuk anda

Fuh. Cuba-cuba semua 7 7 ni.

Kalau nak lagi banyak template copywriting, boleh cuba langgan di website Tulis Ads Online ye. Ratusan templates untuk anda cuba.

Selamat beramal!

Leave a Comment