Cara Buat Copywriting Menarik Untuk SEMUA Platform

Susah ke nak buat copywriting menarik?

Tak kira platform apa pun… Facebook… Twitter… TikTok… dan lain-lain.

Dalam post ni saya rungkaikan serba sedikit mengenai cara untuk mengayat. Dengan cara yang saya tunjuk dalam ni, santai pun boleh buat ayat yang elok.

Yang penting berkesan untuk menarik orang untuk jadi pelanggan.

Yang pada akhirnya akan membantu anda untuk membuat jualan.

Copywriting ini satu perkara sahaja: ia adalah seni (dan juga sains) untuk bercerita kepada pembaca anda.

Bagaimana nak yakinkan mereka tentang apa yang anda tawarkan?

Bagaimana untuk menyalurkan kepercayaan anda kepada produk anda… kepada mereka?

Contoh anda jual makanan. Bila orang tengok ayat anda… orang terbayang sedapnya makanan tu.

Artikel ini pun dikira copywriting.

Ia berfungsi untuk membantu anda untuk membuat ayat yang lebih efektif. Mengajar anda cara buat copywriting menarik.

(Kalau nak lagi senang buat ayat copywriting, boleh tengok tool copywriting saya buat iaitu Tulis Ads.)

Jadi bagaimana untuk buat copywriting menarik dan memukau orang untuk membeli produk daripada anda?

Dengan menggunakan struktur penarik yang TERBUKTI berkesan.

Wujud ke? Memang lah wujud. Dan sebenarnya ia sentiasa digunakan untuk memastikan anda terus membeli daripada jenama-jenama kegemaran anda.

Cuba anda fikir balik… macam mana anda terbeli produk?

Itu perkara yang anda kena fikir.

Satu lagi yang anda kena fikir ialah: Setiap platform berbeza cara nak tulis.

Di laman web, cara anda menulis adalah berlainan daripada apa yang anda tulis di Facebook.

Di dalam emel, cara anda tulis pun akan berlainan. Kenali cara orang berinteraksi di dalam platform yang anda terokai tu.

Orang yang menulis di Facebook selalunya lain daripada orang yang menulis di TikTok.

Tengok apa perbezaannya. Dan cuba kumpulkan copywriting menarik yang anda jumpa di setiap platform yang anda pakai.

Nak buat ayat power ini tak susah mana. Janji kena ikut platform tu. Simpan ayat-ayat yang menarik tu dalam satu folder. Kategorikan ikut platform. Lagi nampak.

Di dalam Shopee dan Lazada pun cara copywriting adalah berbeza. (Cuba tengok… bagaimana orang buat ayat dalam product description di dalam tu).

Selalu nye straight to the point je. Tak lebih-lebih.

Jadi apa yang anda tulis setiap platform akan berbeza sedikit.

Tapi yang penting ianya ada matlamatnya sendiri: 1. untuk memenuhi impian 2. untuk menyelesaikan masalah.

Tak ada beza pun tulis copywriting bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Yang penting mesej sampai. Kalau mesej tak sampai, membazir je.

Percuma: Tips Copywriting Untuk 5X Online Sales Anda

Nak copywriting yang lagi tarik orang untuk membeli? Saya kongsikan pelbagai maklumat percuma di link di bawah:

Gunakan je link di bawah ini untuk dapatkan tips menarik yang anda boleh gunakan hari ini juga.

https://t.me/tulisadsonline. Ni dah ada lebih 200 tips copywriting, marketing, advertising dan tawaran dalam ni. Boleh tengok apa yang anda boleh guna.

https://facebook.com/theimplementor. Ini personal profile saya.

https://twitter.com/arahman. Sekarang pun dah banyak buat sharing di Twitter.

https://www.tiktok.com/@arahmansamad Kalau nak tengok video pendek saya buat pasal marketing, ada dalam ni.

Leave a Comment