Contoh Ayat Soft Selling Power Yang Korang Boleh Guna

Tak ramai orang suka dipaksa untuk membeli. Saya semestinya tak suka.

Dan of course, takkan kita memanjang nak hard sell kan? Campur-campur. Biar berseni jualan kita.

Dalam blog post ni saya nak kongsi cara lembut pula. Cara soft sell untuk menjual. Anda akan dapat baca contoh ayat soft selling yang boleh digunakan dalam iklan-iklan anda.

Contoh-contoh yang saya nak berikan ini sesuai untuk menjual macam-macam jenis produk seperti coklat, produk kecantikan, makanan, chocojar, kerepek, kek dan lain-lain lagi!

Kalau jual tudung atau baju pun boleh 😉

Oh sebelum saya tunjuk contoh soft sell, saya nak beritahu, saya ada satu Telegram channel di mana saya berkongsi pelbagai teknik copywriting dan pengiklanan. Klik je link di bawah untuk subscribe:

https://t.me/tulisadsonline

Percuma. Tak payah bayar pun channel tu!

Sebelum tu, saya nak bagi definisi ayat soft sell bagi saya.

Apa Itu Ayat Soft Sell?

Jadi apa itu soft sell? Soft sell ialah ayat yang tidak terlalu push pada sale.

Cuba ingat je macam mana kalau tiba-tiba ada orang datang ke meja anda di kedai makan dan cakap, “kak, beli ni kak.”. Kebanyakannya masanya kita akan secara lembut menolak.

(Jangan tolak kasar-kasar sudah lah).

Jadi macam mana nak buat iklan yang soft sell dan tak memaksa?

Halus sebenarnya beza antara dua ni. Dan mungkin anda sendiri tak setuju dengan saya. Tapi bagi saya, iklan yang soft sell ialah iklan yang memberi nilai tambah kepada pembaca.

Walaupun tak beli.

Contoh soft sell?

Ini saya ada satu contoh. Produk yang saya jual.

Contoh saya buat iklan mengenai Tulis Ads iaitu alat copywriting yang saya jual.

Ia app copywriting yang boleh anda akses di phone atau laptop atau di mana-mana yang ada internet browser.

Sangat senang nak buat copywriting bila pakai Tulis Ads ni.

Jadi sebab saya nak promosikannya, saya kenalah tulis iklan.

Jadi saya pun buat iklan: Tak Perlu Lagi Termenung

Saya pun cerita dalam iklan tu:

TAK PERLU LAGI TERMENUNG FIKIR MACAM MANA NAK BUAT IKLAN LAGI.

1. Pilih je nak pakai template apa. Headline ada. Ayat ada. Template copywriting ada.

2. Tukar info ke produk anda. Goreng sampai garing.

3. Tekan butang ‘Save Iklan’

“Dah try tadi. Power gila sistem tuan ni haha. Tq tuan! Moga dipermudahkan segala urusan!”

“Saya dah test tuan. Terbaik. Memudahkan kerja.”

Nak buat iklan tak perlu susah.

Bayangkan kalau ada orang dah sediakan apa yang perlu ditulis.

Kerja kita hanya perlu tambah sahaja info produk kita.

Mudah kan?

Kadang-kadang kita nak buat ‘split test’.

3 iklan.

Macam mana nak buat?

Kita duplicate iklan tu dan tukar sedikit ayat-ayat di dalamnya.

Tekan je butang ‘duplicate iklan’ dalam tu.

Sistem yang saya buat ini memudahkan proses buat iklan.

Klik je link di bawah ni untuk lihat demo sama ada anda dan tim anda sesuai tak dengan tool ini.

https://tulisads.com/

Ni salah satu iklan yang saya buat untuk Tulis Ads.

Macam tutorial sikit kat atas sekali. Lepastu ada call to action dekat hujung untuk tengok macam mana nak gunakan Tulis Ads.

Dan manfaatnya: anda tahu bagaimana anda boleh buat iklan yang lebih persuasif dengan lebih banyak. Jadi boleh pujuk lebih ramai orang untuk membeli daripada anda.

Tapi Bang, Saya Jual Aiskrim? Nak tutorial apa nye!

Oh takpe, ada cara lain yang boleh buat untuk soft sell selain daripada iklan berbentuk how-to.

Dengan buat iklan storytelling. Boleh guna ni sebagai contoh soft selling makanan. Senang okay.

Ini memang sedap buat.

Dari Balakong dengan cinta, khas untuk mereka yang inginkan keropok lekor panas terus ke rumah walaupun tengah berzoom meeting dengan rakan sekerja.

Diperbuat setiap hari hanya apabila anda order, keropok ini akan sampai panas dan sedap dikunyah dicicah dengan sambal pedas yang dipesan khas dari kawan saya di Kajang.

Ada yang dah hantar order semalam, tapi tak sempat nak buat. Sanggup queue untuk order hari ini.

Sekarang ni masih ada lagi slot sikit untuk hari ini, kalau nak cuba, ketik link WhatsApp di bawah untuk tengok sama ada slot ke tak.

Ada trik psikologi yang saya gunakan di beberapa ayat di atas tu.

(Cuba komen kalau perasan hehe).

Bila ada iklan macam ni, kita boleh bercerita dengan pembaca.

Bagi pembaca bayangkan bila produk di depan mata… pakai produk tu.

Macam duduk lepak kedai makan… borak dengan orang di satu meja… borak kosong.

Cuma kali ni borak kepada produk anda je.

Bagi orang yang baca iklan anda tu dapat bayangkan bila guna produk anda.

Kalau di Facebook atau di IG, boleh mainkan gambar atau video yang vivid. Bagi orang yang tengok rasa… best betul.

Clear apa yang saya sampaikan?

Gunakan teknik yang saya tunjuk dalam ini untuk iklan anda.

Kadang-kadang hard sell pun menjadi. Nanti saya buat satu blog post tentang contoh hard sell yang anda boleh cuba buat.

Tak kira la produk kecantikan ke, tudung ke, kerepek, kek, dan macam-macam lagi, semua boleh.

Sebenarnya kalau nak lagi senang buat ayat soft sell, boleh dapatkan Tulis Ads hari ini juga. Ada macam-macam template copywriting yang akan memudahkan anda untuk buat ayat soft sell. Klik je sini untuk maklumat lanjut.

Nak dapat lagi banyak tips copywriting? Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram saya. Pelbagai tips copywriting percuma untuk anda cuba untuk promosi produk anda! Link di bawah:

https://t.me/tulisadsonline


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.

2 thoughts on “Contoh Ayat Soft Selling Power Yang Korang Boleh Guna”

Leave a Comment