Resepi Mark Zuckerberg Menjadi Usahawan Internet Berjaya

Secara tiba-tiba Facebook menjadi satu berita hangat. Jika kita imbas kembali pada 6 tahun lepas, pada 2006, hampir tiada siapa di Malaysia mengenali laman web ini. Ramai yang mengenali Friendster dan MySpace. Saya sendiri aktif dengan MySpace pada waktu itu.

Tetapi, Mark Zuckerberg mengubah lanskap penggunaan Internet. Pada 4 Februari, 2004, Beliau telah melancarkan satu laman web sosial yang kita semua kenali sebagai Facebook. Hari ini, saya tidak ingin berkata mengenai Facebook tetapi cara pemikiran dan bagaimana Mark Zuckerberg boleh mencapai satu tahap yang saya fikir amat tinggi berbanding dengan usahawan-usahawan lain.

Gaya pemikiran untuk sentiasa memperbaiki

Menurut Steven Levy, penulis buku Hackers: Heroes of the Computer Revolution menyatakan bahawa Mark mempunyai satu gaya pemikiran sama seperti hacker, iaitu orang yang memecahkan benda dan membinanya kembali dengan lebih baik. Dua prinsip seorang penggodam yang dipegang oleh Mark ialah:

  1. Anda boleh mencipta seni dan kecantikan di dalam komputer.
  2. Komputer boleh mengubah hidup anda supaya lebih baik.

Sebab itu anda dapat melihat pelbagai perkara baharu dilakukan oleh Mark untuk menambah baik Facebook. Beliau tidak sahaja berhenti dengan setakat profail tradisional, tetapi beliau memperkenalkan Facebook Timeline, memberikan akses kepada programmers untuk membuat aplikasi untuk FB, memudahkan akses kepada pembangun program untuk memudahkan ia berinteraksi dengan Facebook dan macam-macam lagi.

Dengan kata lain, Mark tidak pernah berhenti. Dia sentiasa menolak Facebook ke satu tahap yang lebih tinggi.

Bermotivasi tinggi

Apabila anda bermotivasi tinggi, anda tidak kisah halangan yang anda hadapi. Jika anda lihat senarai panjang kejayaan Mark, anda dapat lihat bahawa dia tidak bermula dengan Facebook tetapi bermula dengan benda lain.

Mark menulis perisian komputer sebagai kanak-kanak semasa di sekolah menengah. Bapanya mengajarnya bahasa pengaturcaraan Atari BASIC pada tahun 90-an dan kemudiannya mengupah pembina perisian David Newman untuk mengajarnya secara peribadi.

Sepanjang 27 tahun kehidupannya, beliau pernah membuat perisian-perisian seperti ZuckNet, Synapse Media Player dan Facemash. Anda dapat lihat dia tidak berhenti pada satu tahap sahaja tetapi sentiasa bergerak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Cuba anda bayangkan, adakah anda boleh mengadaptasi sebahagian daripada teknik yang beliau gunakan untuk diri anda sendiri?

Percuma: Tips Copywriting Untuk 5X Online Sales Anda

Nak copywriting yang lagi tarik orang untuk membeli? Saya kongsikan pelbagai maklumat percuma di link di bawah:

Gunakan je link di bawah ini untuk dapatkan tips menarik yang anda boleh gunakan hari ini juga.

https://t.me/tulisadsonline. Ni dah ada lebih 200 tips copywriting, marketing, advertising dan tawaran dalam ni. Boleh tengok apa yang anda boleh guna.

https://facebook.com/theimplementor. Ini personal profile saya.

https://twitter.com/arahman. Sekarang pun dah banyak buat sharing di Twitter.

https://www.tiktok.com/@arahmansamad Kalau nak tengok video pendek saya buat pasal marketing, ada dalam ni.

Leave a Comment